TINTA MUJAHIDAH : HENTIKAN TANGISANMU…KERANA KAU MUJAHIDAH MUDA.

ceritera cinta

Posted by: princessbidasari on: April 25, 2009

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

Puisi kepada Teman.

Posted by: princessbidasari on: April 24, 2009

Terima-kasih.
Kerana mengajarku tentang hidup.
Memberi pengertian beberapa kemusykilan.
Mengisi ruang jawapan beberapa persoalan.

Aku hanyalah seorang hamba.
Yang tidak lepas dr dosa dan kekhilafan.

Apa yg kuharapkan.
Hanyalah keredhaan Tuhanku.
Dalam segenap hela nafasku.

Kuserahkan pengharapan mutlak.
Pada-Nya.

Yang terbaik itu.
Hanya untuk yang terbaik.

So?

Posted by: princessbidasari on: April 24, 2009

Beberapa hari lepas aku dah temui semula sesuatu yg hilang selama ini. Rasa bahagia. Tenang dan kepuasan sebenar sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi. Tapi, rupanya itu hanya untuk sementara. Dunia itu perlu dihuni buat kesekian kalinya. Aku yakin. Aku tidak boleh lama di sini. Dan masanya akan tiba. Aku telahpun bersedia. Bersedia untuk segalanya. Bermula semula sbg aku yg sebenar. Menghadapi apa jua yang mendatang. Yang penting keluar dari kepompong kepura-puraan yang membelit selama ini.

Yang menjadi hak milik mutlak hanyalah amal soleh. Jadi hamba sepanjang masa, insyaAllah segala fasa kehidupan akan mampu dilalui dengan baik

Thats The Way It is.

Posted by: princessbidasari on: February 19, 2009

Attantion For All my Fun;)

Posted by: princessbidasari on: February 18, 2009

Feel free to visit my another site :) www.catatanabdi.blogspot.com. Enjoy your reading.

PIG’S HEAD AT API?

Posted by: princessbidasari on: January 21, 2009

Agak-agaknyalah kan, kalau menteri Belanda yang buat filem fitna tu datang pada kita minta maaf dan nak masuk Islam, apa kita nak buat dengan dia ye. Ataupun, kalau kamal attartuk yang meng’liberal’kan turki masih hidup, dan hidayah datang pd dia, kemudian dia lawat API solat jemaah dgn kita, nak ke kita solat satu saf dengan dia. Dan dgr pengakuan dia, kmudian bg smgat utk dia kmbl bertaubat.
Em. Bayang je, jangan sensasikan ayat ni pula. Agak-agak lagi, kalau amina wadud datang UM nak tak kita tegur dia dan terangkan kat dia konsep imamah barang seminit dua.

Mereka semua tu teruk. Buruk. Macam anjing. Syaitan berwajah manusia. Bunuhje patut. Pulau sampai mati. Tak guna. Pancung. Apa-apa lagilah. Cewah.
Ini kerana apa, cemburu yg mendalam dalam hal agama. Ya. Sensitivity tu ada. Itu bagus. Tanda iman tu hidup dalam hati.
sanggup kah kita. RELA kah kita(bukan paksa rela). Kalau jawapannya ya, kenapa? Ikhlaskah kita.
Baiklah. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya ingin mulakan ulasan saya tentang Kepala Babi di surau API.
Pertama kali mendengar tanpa melihat, saya terkejut. Tertanya-tanya. Betul ke? Nak tgok gambo die.. br real n percaya. Tak pernah pula jadi macam tu. Kemudian tgok sendiri, eee… rasa geli jijik dan kecewa sekali melihatnya. Geram. sape brani ni?

Em. Tu 1st impression saya. Namun setelah beberapa lama, hati terdetik. Siapa yg buat semua ni. Musuh Pro-M ke. Saya rasa ni mesti nak kempen undi mereka.
Kita tengok, siapa. Siapa ni jawapannya sama ada Islam ataupun tak Islam. kalau tak Islam tu, jahil dia memang jahil asli la tak beriman langsung pd Allah Taala. Tak hairanlah mereka buat mcm tu, mungkin didorong nafsu benci pada Islam, mungkin juga tak rasa apa-apa hina bendera Pas.
Mereka kafir. Musuh Islam yg jelas.

Mungkin juga mereka ni Islam. yg jahil. Mungkin tiada langsung basic agama. Sayang, tiada pendedahan. Tapi kat sekolah takkan tak belajar moral atau Pendidikan Islam. setidak-tidaknya tau la babi tu haram kan. Kenapa buat jugak? Sebab mereka jahil.
Jahil apa, tahu. Tapi buat juga. Jahil muka-muka. Saja buat-buat tak tau. Ikut nafsu. Ya, memang masa mereka buat tu nafsu la yg suruh, bersama syaitan. Takkan iman suruh pula kan.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa seorang muslim boleh melanggar perintah Allah sedangkan dia beriman dgn Allah, rasul dan hari akhirat. Dia juga beriman bahawa menderhakai Allah akan mengundang kemurkaan dan azab Allah.
Jawapannya ialah iman ni kadangkala lemah menyebabkan seseorang itu dikuasai hawa nafsunya dan terpedaya dengan pujukan syaitan hingga mengheret melakukan dosa kerana azab di akhirat adalah perkara yang tidak dapat dilihat sedangkan kesenangan di dunia walaupun haram tetapi ada di hadapan matanya.
(ada sesiapa yg pernah terbuat dosa menafikan?)
Ataupun masih menyalahkan keadaan dan mengelak bukan sendiri berdosa.
Golongan ini juga jahil.
Kenapa saya berkata demikian? Orang yang melakukan dosa sudah tentu orang jahil. Jikalau tidak tentu dia tidak menderhakai Allah. Allah berfirman :
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggu oleh ALLAH hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan oleh kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka diterima ALLAH taubatnya, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
An-Nisa : 17.
Menurut Mujahid dan beberapa orang ulama :
Setiap orang yang menderhakai Allah tidak kira sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah orang jahil melainkan jika dia meninggalkan dosanya itu.
Menurut Qatadah yang meriwayatkan daripada Abu al-Aliyyah bahawa para sahabat Rasulullah SAW pernah berkata :
Setiap dosa yang dilakukan oleh hamba sebenarnya adalah kerana kejahilannya.
Apa yg dimaksudkan dgn jahil ini ialah jahil tentang ketaatan yang perlu diberikan kerana sifat rububiyyah dan uluhiyyah serta keagunganNya.
Mereka melempar benda haram ke surau kita. Ia satu kebiadaban. Saya benci babi. Babi haram. Kalau lori babi sebelah kereta saya, saya tutup hidung. Tak tahan bau. Benci. Rasa nak muntah. Tapi mereka yang buat ni mcm mana? Tau… babi tu haram tau semua ni.

Mereka jahil.
Lainlah dah termaktub kena hukum bunuh. Contohnya pengarang Satanic Verses. Halal darahnya.
Lahirkanlah kebencian kita. Kerana dengan melahirkan akan membuat mereka tahu. Faham bahawa mereka ini berdosa. Moga akan menginsafkan mereka. Moga hoidayah Allahy sampai dalam hati mereka.
Terkenang sabarnya Rasulullah ketika mengunjungi Taif. Dakwah berhikmah yg disampikan, serangan batu bertalu-talu yg baginda dapat. Berdarah kepala Nabi.
Tapi apa baginda buat?
Berdoa kebaikan kpd mereka. Hingga ke saat maut menjemput. Masih basah di bibir baginda.. ummati..ummati..ummati..
Subhanallah.. wujudkah lagi pada era Jahilyyah moden ini seorang pemimpin yg jiwanya halus seperti nabi. Rindunya pada baginda. Kalaulah aku berada pada zaman baginda. Ingin sekali aku menziarahinya.
Kita terguris dengan palitan dosa di sekitar kita. Kita kecewa dengan maksiat yg berleluasa. Kita marah dan berang bila maruah kita dicabar. Kita memberontak bila parti kita di hina. Tapi pernahkah kita muhasabah, mengapa semua ini berlaku. Pernahkah kita doakan insane-insan yg berdosa ini kembali bertaubat. Pernahkah kita sedarkan mereka akan azab Allah.
Adakah kita sanggup duduk semeja, mendengar luahan mereka.
Mungkin tak pernah kita terfikir. Apa yg selalu kita buat, ialah mengutuk dan terus mengutuk. Entah bila kita puas.
Peringatan pd diri yg lemah lagi hina di sisi Allah. Juga buat sahabat-sahabat dunia dan akhirat,
Hari ini.. kita rasa manisnya iman.
Hari ini kita berada selesa dalam naungan tarbiah.
Hari ini langkah kita ke rumah Allah.
Hari ini sekeliling kita para ulama yg cintakan syahid di jalan Allah.
Hari ini alunan zikir membasahi hati dan jiwa.
Namun..

Siapa tahu..
Esok lusa..
Kita tertipu dgn syaitan laknatullah.
Kita lalai dgn pesona dunia.
Kita terjatuh ke lembah dosa.
Kaki melangkah menempah neraka.

Kita di uji dgn fitnah yg dahsyat.
Tiada siapa bersama kita.
Sendiri mencari kekuatan untuk bertaubat.

Nauzubillah..
Kita tak tahu siapa kita di sisi Allah sahabat. Kita tak tahu apa kesudahan kita bila maut menjemput. Sedangkan abid tak lepas pintu syurga, krn riak dgn amalnya. Masuk syurga dgn rahmat Allah..
Kalau Abi Talib pun tak dapat hidayah Allah. Sedangkan dia bapa saudara nabi yg amat baginda kasihi. Bagaimana kalau sahabat kita berbuat dosa. Adakah rasa benci kita hingga ke tahap kita tidak ingin mengaku pernah bersahabat dgnnya. Makan semeja. Study sebuku. Solat seimam. Walaupun jemaah kita lebih mantap dari jemaahnya.
Pernah suatu ketika ni bumi Nilam Puri yg amat kurindui. Amat dan teramat. Sebuah bumi berkat, kenangan termanis sepanjang hidup.
Ada 2 orang sahabat. Seorang biasa-biasa saja. Seorang lagi lebih dr biasa. Tp pada saya, tiada yg luar biasa pd drnya. Satu petang yg permai, bertempat dalam bilik saya, kami bersembang… tentang seorang sahabat yg keluar dating dgn gewenye. Hehe betul ke gewe u lelaki. (masih improve vocab klate). Kami berbincang ttg sahabat ni.
Tiba-tiba saya teringat akan gambar beliau dgn sahabat tu. Eh, aku pnah tgok hang bergamba ngan dia. Siap berkepit. Akrab sangat. Lantas dia menjawab, eh tak dak la.. masatu pun kebetulan ja.. bukan rapat sangat pun..
Hati berkata.. sahabat satu ni mungkin anggap dia ni sahabat sangat. Tapi yg sorang ni sbb benci dgn akhlak sahabat dia ni. Nak mengaku rapat pun cover2.
Apa makna sahabat? Apa makna hamba Allah? Apa makna ukhwah. Adakah satu jemaah saja kita sahabat. Adakah kalau sahabat satu jemaah buat dosa. Tetap benar dan segalanya benar.

Ramai org pandai buat kerja. Tp tak ramai buat kerja hatinya dekat pd Allah. Ramai org pandai marah melenting, tp sedikit org yg marah berhikmah. Ramai org mudah membenci, tp hanya segelintir manusia yg ada sifat rahman Allah dalam dirinya. Memaafkan dan memberikan peluang. Pada diri, dan juga org terdekat.
Ya Allah. Berikan aku sekeping hati yg benar-benar cintakanMu. Agar dgnnya aku boleh limpahkannya kpd sekelian ummat di dunia.
Dalam hidup mukmin ada 5 musuh:
1. Syaitan.
2. Nafsu.
3. Org munafiq.
4. Org mumin yg dengki pdnya.
5. Org kafir.
Org jahil? Bukan musuh. Jgnlah musuhi mereka.
PERINGATAN : JGN SENSASIKAN ARTIKEL INI.

demam.uhuk.

Posted by: princessbidasari on: January 20, 2009

demam…

xlarat pg kuliah..

terasa bahagia dpt ke library smlm..
lama dah kosong dr ilmu
hm.
smg aku dpt mendidik diri i ni dgn lbh tekun.

syabas diriku.

abg..balkla cpt…..

Begin.

Posted by: princessbidasari on: January 19, 2009

Kekuatan
letaknya di hati

ketenangan letaknya pada sebuah pengabdian
pd Nya

cinta
adalah sebuah perjuangan

kuatlah diri
depanilah segala tribulasi.

PRA-PRK 2009.

Posted by: princessbidasari on: January 18, 2009

Bahang PRK kembali lagi. setelah 3 tahun di UM, edisi kali ini kulalui dgn cukup syarat. mengundi. Tahun pertama aku turun padang berarak dan berkempen. tahun ke-2 hadir ketika keputusan, meski dihambat kekalutan menguruskan masjlis pernikahanku, kugagahi untuk memberikan sokongan pd GAGASAN. seingat aku, lagunya dah ditukar. puas sangat ketika hari keputusan kedua diumumkan. insiden pengundi hantu di kolej-12 menggemparkan. masih kusimpan saat itu dalam telefon bimbit. suara-suara pejuang mahasiswa bergema di telingaku.

namun, henset tu sekarang entah kemana dan ianya menjadi misteri hingga saat ini.

sulit untuk kunukilkan sesuatu ttg PRK kali ini. krn aku tidak tahu apa-apa, hatta nama calonpun aku minta kawan sms pada aku. gambar ada sekali aku ternampak ketika ke PPZ tempoh hari. 2 org aku kenal, Ridzuan dan Ayuni. Ya lain tu, kurang kenal. Tp wlw sapa pun, yg penting GAGASAN.

apa-apa pun, selamat berjuang pada sahabat-sahabat GAGASAN. maafkan aku kerana kudrat yg ada tak mampu kusumbang, hatta setitis peluh untuk kemenangan kalian. namun doaku akan terus kuhadiahkan.

HIDUP HIDUP! MAHASISWA!
GAGASAN POWER!!!
STUDENT..POWER!!!

_______________

bukan menang yg kita laparkan
meski dlm penat lelah langkah
hati bertanya

bila saat itu kn berulang semula

sabarlah jiwa

kemenangan itu bukan percuma
harganya bukan sejuta dua

tapi nilai nya
hati yg ikhlas menjunjung kemuliaan

melestarikan gerak

kawan,
pahit kekalahan takkan mematikan kita
krn kita melangkah dgn jiwa yg hidup

dgn izin Allah.
kemenangan itu pasti milik kita semula.

cepat atau lambat.
dalam perkiraanNya.

Monolog

Posted by: princessbidasari on: January 17, 2009

sedang menggoreng ayam tgh td, tiba-tiba berlaku sedikit kebakaran di dapur rumah saya. kejadian yg agak mengejutkan. mujur ada bantuan dr jiran sebelah. Alhamdulillah. selamat. tiada kemalangan jiwa. cuma, paip terbakar. huhu.. kena ganti yg baru. kadangkala muncul perkara-perkara yg tak disangka.

hari ni terasa ingin menulis. apa khabar dunia. pasti pelbagai kisah kehidupan, suka duka pahit manis insan telah, sedang dan akan berlaku di luar sana. pantas atau tidak masa bergerak, kini angka umur menginjak 23 tahun. anakku juga sudah 6 bulan usianya. cepat bukan. melihat perkembangan anak hari demi hari amat membahagiakan. sekarang fahim dah mula makan makanan selain susu. semoga Allah mengizinkan aku meneruskan hajat memberikannya susu ibu sepanjang 2 tahun. amin..

berjalan di Akademi Pengajian Islam, dalam sem akhir sebagai mahasiswa. terasa lain benar.. melihat lambaian rakan-rakan, bertemu mata para pendidik, juga bangunan yg gah tersergam terasa syahdu. di sini aku bermula suatu ketika dahulu.

penuh idealisme. ya, aku seorang yg cukup idealisme suatu masa dahulu. membawa seribu satu konflik diri yg perlu aku perbetulkan, ditambah pelbagai ragam dunia, aku ingin segalanya lurus mengikut apa yg aku percaya.

tp saat ini. aku sedari bahawasanya aku bukan lagi seperti itu. aku sedari betapa lemahnya kudrat diri berbanding Allah Taala. Aku akui, betapa tak semua yg kita percaya mampu untuk kita terjemah dalam kehidupan ini. bukan segalanya yg kita belajar, yakini perlu kita laksana. tak semestinya bila kita rasa begitu, kita akan bertindak begini. ada yg perlu kita korbankan. ada yg perlu kita kompromi. kerana ada org bersama kita.

ada org keluarga adalah segala-galanya. ada org Allah adalah segala-galanya. ada org apa saja boleh dilakukan, asal kena cara, untuk diri sendiri. ada org nama adalah segala-galanya. ada org apa saja tapi ada batasan. ada org buat sesuatu krn sesuatu. ada org jadi mcmtu sbb sesuatu. segalanya ada sebab dan musabab. ada tujuan juga secara kebetulan.

tapi amat payah bila kita buat, sbbnya krn Allah.

sewajarnya kita perlu jadi lebih memahami kondisi diri, juga org2 yg amat perlukan kita. sepatutnya dalam usia sebegini, perasaan perlu jadi lebih halus untuk mengasihi insan yg mana kehadiran kita membawa makna yg besar dlm hidup mereka. di hadapan aku sejuta satu perancangan tersusun. tp di hadapan aku juga ada suami. yg perlu aku tanyai pendapatnya. tempat berkongsi hidup. tegur-menegur ke jalan Allah. di hadapan aku juga ada anak…

masa depan anak adalah aku dan suami. dulu aku rasakan dgn sendiri aku boleh berjaya. tapi bila kutemui suami yg ada membantu, aku sedar aku telah tersilap. dulu aku fikir, aku akan lbh berjaya kalau aku sendiri tapi kini aku naluri seorang ibu selalu meresap ke dalam relung jiwa. anak…

membesar tanpa ayah, dan ibu di sisi cukup hebat cabarannya. ada yg berjaya. mengisi hidup anak-anak dgn harta-benda, didikan lengkap dsbnya. namun masih ada lompong kasih-sayang yg tidakkan mampu diisi. andai ada insan lain yg ditakdir Allah dalam suratan hidup, juga tidakkan sama ayah atau ibu kandung. aku rasai dunia itu. dan kesannya hingga kini berbekas. pasti ada luka yg tersimpan. pasti ada cacat yang menekan. mengekori kemana-mana. ada kesal yg menampal. ku tak ingin anakku begitu.

cakap tak semudah melakukan. itu pelajaran penting.

paling aku insafi. betapa untuk melakukan sesuatu aku bukan lagi sebebas dulu, saat segala pilihan dalam tanganku. saat buntu. antara iman dan nafsu yg keliru. mungkin sedikit terlewat berbanding mereka yg menemui kerangka diri sebenar sejak remaja. namun tidak aku. kendatipun sebegini, aku syukuri nikmat Allah yg menemukan aku jua dgn pencarianku selama ini.

ibu…

aku kini seorang ibu. ada manusia bernama anak yg berpaut pada bahuku..Lemah kaki melangkah, hati jadi kuat bila terkenang sepasang mata redup sikecil di rumah. bukan mudah menjadi ibu. aku jua ingin menjadi ibu mithali. melahirkan pejuang Allah yg rindukan syahid di jalanNya. itu impianku sejak lama. ibu… bukan sahaja ingin melihat anaknya berjaya, malah seorang ibu yg agung memiliki rasa kasih kpd anak org lain yg juga dikasihi seperti zuriatnya. ibu sejati, tak tergamak menghancurkan hidup anak org lain yg juga lahir dari rahim mulia seorang wanita demi kebahagiaan anaknya sendiri.

Alhamdulillah. aku terpilih oleh Allah merasai nikmat sbg isteri dan ibu.

kurniakan hamba kekuatan yg luar biasa untuk kuteruskan langkah menjejaki syurgaMu.

amin ya Allah.

 

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.