TINTA MUJAHIDAH : HENTIKAN TANGISANMU…KERANA KAU MUJAHIDAH MUDA.

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

Terima-kasih.
Kerana mengajarku tentang hidup.
Memberi pengertian beberapa kemusykilan.
Mengisi ruang jawapan beberapa persoalan.

Aku hanyalah seorang hamba.
Yang tidak lepas dr dosa dan kekhilafan.

Apa yg kuharapkan.
Hanyalah keredhaan Tuhanku.
Dalam segenap hela nafasku.

Kuserahkan pengharapan mutlak.
Pada-Nya.

Yang terbaik itu.
Hanya untuk yang terbaik.

Beberapa hari lepas aku dah temui semula sesuatu yg hilang selama ini. Rasa bahagia. Tenang dan kepuasan sebenar sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi. Tapi, rupanya itu hanya untuk sementara. Dunia itu perlu dihuni buat kesekian kalinya. Aku yakin. Aku tidak boleh lama di sini. Dan masanya akan tiba. Aku telahpun bersedia. Bersedia untuk segalanya. Bermula semula sbg aku yg sebenar. Menghadapi apa jua yang mendatang. Yang penting keluar dari kepompong kepura-puraan yang membelit selama ini.

Yang menjadi hak milik mutlak hanyalah amal soleh. Jadi hamba sepanjang masa, insyaAllah segala fasa kehidupan akan mampu dilalui dengan baik

Feel free to visit my another site 🙂 http://www.catatanabdi.blogspot.com. Enjoy your reading.

Agak-agaknyalah kan, kalau menteri Belanda yang buat filem fitna tu datang pada kita minta maaf dan nak masuk Islam, apa kita nak buat dengan dia ye. Ataupun, kalau kamal attartuk yang meng’liberal’kan turki masih hidup, dan hidayah datang pd dia, kemudian dia lawat API solat jemaah dgn kita, nak ke kita solat satu saf dengan dia. Dan dgr pengakuan dia, kmudian bg smgat utk dia kmbl bertaubat.
Em. Bayang je, jangan sensasikan ayat ni pula. Agak-agak lagi, kalau amina wadud datang UM nak tak kita tegur dia dan terangkan kat dia konsep imamah barang seminit dua.

Mereka semua tu teruk. Buruk. Macam anjing. Syaitan berwajah manusia. Bunuhje patut. Pulau sampai mati. Tak guna. Pancung. Apa-apa lagilah. Cewah.
Ini kerana apa, cemburu yg mendalam dalam hal agama. Ya. Sensitivity tu ada. Itu bagus. Tanda iman tu hidup dalam hati.
sanggup kah kita. RELA kah kita(bukan paksa rela). Kalau jawapannya ya, kenapa? Ikhlaskah kita.
Baiklah. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya ingin mulakan ulasan saya tentang Kepala Babi di surau API.
Pertama kali mendengar tanpa melihat, saya terkejut. Tertanya-tanya. Betul ke? Nak tgok gambo die.. br real n percaya. Tak pernah pula jadi macam tu. Kemudian tgok sendiri, eee… rasa geli jijik dan kecewa sekali melihatnya. Geram. sape brani ni?

Em. Tu 1st impression saya. Namun setelah beberapa lama, hati terdetik. Siapa yg buat semua ni. Musuh Pro-M ke. Saya rasa ni mesti nak kempen undi mereka.
Kita tengok, siapa. Siapa ni jawapannya sama ada Islam ataupun tak Islam. kalau tak Islam tu, jahil dia memang jahil asli la tak beriman langsung pd Allah Taala. Tak hairanlah mereka buat mcm tu, mungkin didorong nafsu benci pada Islam, mungkin juga tak rasa apa-apa hina bendera Pas.
Mereka kafir. Musuh Islam yg jelas.

Mungkin juga mereka ni Islam. yg jahil. Mungkin tiada langsung basic agama. Sayang, tiada pendedahan. Tapi kat sekolah takkan tak belajar moral atau Pendidikan Islam. setidak-tidaknya tau la babi tu haram kan. Kenapa buat jugak? Sebab mereka jahil.
Jahil apa, tahu. Tapi buat juga. Jahil muka-muka. Saja buat-buat tak tau. Ikut nafsu. Ya, memang masa mereka buat tu nafsu la yg suruh, bersama syaitan. Takkan iman suruh pula kan.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa seorang muslim boleh melanggar perintah Allah sedangkan dia beriman dgn Allah, rasul dan hari akhirat. Dia juga beriman bahawa menderhakai Allah akan mengundang kemurkaan dan azab Allah.
Jawapannya ialah iman ni kadangkala lemah menyebabkan seseorang itu dikuasai hawa nafsunya dan terpedaya dengan pujukan syaitan hingga mengheret melakukan dosa kerana azab di akhirat adalah perkara yang tidak dapat dilihat sedangkan kesenangan di dunia walaupun haram tetapi ada di hadapan matanya.
(ada sesiapa yg pernah terbuat dosa menafikan?)
Ataupun masih menyalahkan keadaan dan mengelak bukan sendiri berdosa.
Golongan ini juga jahil.
Kenapa saya berkata demikian? Orang yang melakukan dosa sudah tentu orang jahil. Jikalau tidak tentu dia tidak menderhakai Allah. Allah berfirman :
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggu oleh ALLAH hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan oleh kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka diterima ALLAH taubatnya, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
An-Nisa : 17.
Menurut Mujahid dan beberapa orang ulama :
Setiap orang yang menderhakai Allah tidak kira sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah orang jahil melainkan jika dia meninggalkan dosanya itu.
Menurut Qatadah yang meriwayatkan daripada Abu al-Aliyyah bahawa para sahabat Rasulullah SAW pernah berkata :
Setiap dosa yang dilakukan oleh hamba sebenarnya adalah kerana kejahilannya.
Apa yg dimaksudkan dgn jahil ini ialah jahil tentang ketaatan yang perlu diberikan kerana sifat rububiyyah dan uluhiyyah serta keagunganNya.
Mereka melempar benda haram ke surau kita. Ia satu kebiadaban. Saya benci babi. Babi haram. Kalau lori babi sebelah kereta saya, saya tutup hidung. Tak tahan bau. Benci. Rasa nak muntah. Tapi mereka yang buat ni mcm mana? Tau… babi tu haram tau semua ni.

Mereka jahil.
Lainlah dah termaktub kena hukum bunuh. Contohnya pengarang Satanic Verses. Halal darahnya.
Lahirkanlah kebencian kita. Kerana dengan melahirkan akan membuat mereka tahu. Faham bahawa mereka ini berdosa. Moga akan menginsafkan mereka. Moga hoidayah Allahy sampai dalam hati mereka.
Terkenang sabarnya Rasulullah ketika mengunjungi Taif. Dakwah berhikmah yg disampikan, serangan batu bertalu-talu yg baginda dapat. Berdarah kepala Nabi.
Tapi apa baginda buat?
Berdoa kebaikan kpd mereka. Hingga ke saat maut menjemput. Masih basah di bibir baginda.. ummati..ummati..ummati..
Subhanallah.. wujudkah lagi pada era Jahilyyah moden ini seorang pemimpin yg jiwanya halus seperti nabi. Rindunya pada baginda. Kalaulah aku berada pada zaman baginda. Ingin sekali aku menziarahinya.
Kita terguris dengan palitan dosa di sekitar kita. Kita kecewa dengan maksiat yg berleluasa. Kita marah dan berang bila maruah kita dicabar. Kita memberontak bila parti kita di hina. Tapi pernahkah kita muhasabah, mengapa semua ini berlaku. Pernahkah kita doakan insane-insan yg berdosa ini kembali bertaubat. Pernahkah kita sedarkan mereka akan azab Allah.
Adakah kita sanggup duduk semeja, mendengar luahan mereka.
Mungkin tak pernah kita terfikir. Apa yg selalu kita buat, ialah mengutuk dan terus mengutuk. Entah bila kita puas.
Peringatan pd diri yg lemah lagi hina di sisi Allah. Juga buat sahabat-sahabat dunia dan akhirat,
Hari ini.. kita rasa manisnya iman.
Hari ini kita berada selesa dalam naungan tarbiah.
Hari ini langkah kita ke rumah Allah.
Hari ini sekeliling kita para ulama yg cintakan syahid di jalan Allah.
Hari ini alunan zikir membasahi hati dan jiwa.
Namun..

Siapa tahu..
Esok lusa..
Kita tertipu dgn syaitan laknatullah.
Kita lalai dgn pesona dunia.
Kita terjatuh ke lembah dosa.
Kaki melangkah menempah neraka.

Kita di uji dgn fitnah yg dahsyat.
Tiada siapa bersama kita.
Sendiri mencari kekuatan untuk bertaubat.

Nauzubillah..
Kita tak tahu siapa kita di sisi Allah sahabat. Kita tak tahu apa kesudahan kita bila maut menjemput. Sedangkan abid tak lepas pintu syurga, krn riak dgn amalnya. Masuk syurga dgn rahmat Allah..
Kalau Abi Talib pun tak dapat hidayah Allah. Sedangkan dia bapa saudara nabi yg amat baginda kasihi. Bagaimana kalau sahabat kita berbuat dosa. Adakah rasa benci kita hingga ke tahap kita tidak ingin mengaku pernah bersahabat dgnnya. Makan semeja. Study sebuku. Solat seimam. Walaupun jemaah kita lebih mantap dari jemaahnya.
Pernah suatu ketika ni bumi Nilam Puri yg amat kurindui. Amat dan teramat. Sebuah bumi berkat, kenangan termanis sepanjang hidup.
Ada 2 orang sahabat. Seorang biasa-biasa saja. Seorang lagi lebih dr biasa. Tp pada saya, tiada yg luar biasa pd drnya. Satu petang yg permai, bertempat dalam bilik saya, kami bersembang… tentang seorang sahabat yg keluar dating dgn gewenye. Hehe betul ke gewe u lelaki. (masih improve vocab klate). Kami berbincang ttg sahabat ni.
Tiba-tiba saya teringat akan gambar beliau dgn sahabat tu. Eh, aku pnah tgok hang bergamba ngan dia. Siap berkepit. Akrab sangat. Lantas dia menjawab, eh tak dak la.. masatu pun kebetulan ja.. bukan rapat sangat pun..
Hati berkata.. sahabat satu ni mungkin anggap dia ni sahabat sangat. Tapi yg sorang ni sbb benci dgn akhlak sahabat dia ni. Nak mengaku rapat pun cover2.
Apa makna sahabat? Apa makna hamba Allah? Apa makna ukhwah. Adakah satu jemaah saja kita sahabat. Adakah kalau sahabat satu jemaah buat dosa. Tetap benar dan segalanya benar.

Ramai org pandai buat kerja. Tp tak ramai buat kerja hatinya dekat pd Allah. Ramai org pandai marah melenting, tp sedikit org yg marah berhikmah. Ramai org mudah membenci, tp hanya segelintir manusia yg ada sifat rahman Allah dalam dirinya. Memaafkan dan memberikan peluang. Pada diri, dan juga org terdekat.
Ya Allah. Berikan aku sekeping hati yg benar-benar cintakanMu. Agar dgnnya aku boleh limpahkannya kpd sekelian ummat di dunia.
Dalam hidup mukmin ada 5 musuh:
1. Syaitan.
2. Nafsu.
3. Org munafiq.
4. Org mumin yg dengki pdnya.
5. Org kafir.
Org jahil? Bukan musuh. Jgnlah musuhi mereka.
PERINGATAN : JGN SENSASIKAN ARTIKEL INI.

demam…

xlarat pg kuliah..

terasa bahagia dpt ke library smlm..
lama dah kosong dr ilmu
hm.
smg aku dpt mendidik diri i ni dgn lbh tekun.

syabas diriku.

abg..balkla cpt…..

April 2017
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930