TINTA MUJAHIDAH : HENTIKAN TANGISANMU…KERANA KAU MUJAHIDAH MUDA.

Archive for April 2009

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

Terima-kasih.
Kerana mengajarku tentang hidup.
Memberi pengertian beberapa kemusykilan.
Mengisi ruang jawapan beberapa persoalan.

Aku hanyalah seorang hamba.
Yang tidak lepas dr dosa dan kekhilafan.

Apa yg kuharapkan.
Hanyalah keredhaan Tuhanku.
Dalam segenap hela nafasku.

Kuserahkan pengharapan mutlak.
Pada-Nya.

Yang terbaik itu.
Hanya untuk yang terbaik.

Beberapa hari lepas aku dah temui semula sesuatu yg hilang selama ini. Rasa bahagia. Tenang dan kepuasan sebenar sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi. Tapi, rupanya itu hanya untuk sementara. Dunia itu perlu dihuni buat kesekian kalinya. Aku yakin. Aku tidak boleh lama di sini. Dan masanya akan tiba. Aku telahpun bersedia. Bersedia untuk segalanya. Bermula semula sbg aku yg sebenar. Menghadapi apa jua yang mendatang. Yang penting keluar dari kepompong kepura-puraan yang membelit selama ini.

Yang menjadi hak milik mutlak hanyalah amal soleh. Jadi hamba sepanjang masa, insyaAllah segala fasa kehidupan akan mampu dilalui dengan baik


April 2009
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930